picture

Thursday, January 18, 2007

Cerita kisah Faizal tidak membuat kerja sekolah.


Faizal mula membuka buku-buku sekolahnya.Dia perlu menyiapkan kerja sekolah yang agak banyak malam ini.Fiazal menyesal kerana tidak membuat kerja sekolah kajian tempatan dan pendidikan islam semalam, iaitu ketika dia ada kelapangan.Malam ini,dia terpaksa membuat kedua-duanya dan ditambah pula dengan kerja sekolah matematik,sains, dan bahasa melayu.
Faizal tidak dapat menumpukan perhatian terhadap kerja-kerja itu kerana dia runsing apabila memikir peperiksaan penggal pertama yang akan berlangsung minggu depan.Dia belum sempat mengulang kaji mata pelajaran kerana sibuk dengan pelbagai ativiti kokurikulum pada waktu petang dan hujung minggu.Dalam kebingungan itu,Faizal tertidur sedangkan kerja sekolahnya masih ada yang belum siap.

RUJUKKAN DARI BUKU KERJA

No comments:

Powered By Blogger